Wednesday, October 28, 2009
Sunday, October 25, 2009
ku insan biasa

Nama : Nor Rafiah Binti HussinTarikh lahir : 22 Julai 1989
Tempat lahir : Gemas, Negeri Sembilan..(dekat rumah..hehe, dah tak sabar nak lihat dunia)
Hobi : Tidur..tak-tak,saya suka dengar lagu dan tengok tv tak lupa, shopping..
Makanan kegemeran : erm..tak kisah, asalkan sedap saya telan saja..
Minuman kegemaran : Laici ais..{susu rejected..}
Tempat menuntut ilmu: Tadika Kemas gabungan Palong 7 & 8... Sek.Ren.Keb.Palong 7...Sek.Men.Keb.Palong 7...Kolej Komuniti Segamat (Felda English Language Centre)... Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan...Universiti Pendidikan Sultan Idris...
Alamat : No.17 Blok H, Felda Palong 7, 73470 Gemas Negeri Sembilan Darul Khusus...
saya agak pendiam orangnya, tapi dengan orang saya kenal dan rapat saya kadang-kadang banyak mulut..tak suka nak marah-marah, tapi kalau dah marah dahsyat..jangan buat saya marah ya.. senyum itu lebih baik..(*_*)
Falsafah Ku...

Bila baca kartun dekat atas ni rasa seram pula nak mengajar nanti.. Dulu tak sama macam sekarang, sekarang makin banyak cabaran dan dugaan. Apa-apa pun cabaran yang datang akan tetapku rempuhi demi masa depanku.. ku ingin mencari rezeki yang halal dan diberkati, ku akan cuba sedaya upaya menjadi seorang guru yang berkaliber dengan titik peluh ku sendiri.. Itu azam ku selepas pengalaman mengajar ku.. Ku ingin menjadi seorang guru yang kehadirannya dinanti-nantikan oleh semua anak didikku.. Ku ingin setiap ilmu yang kusampaikan diredhai dan mudah difahami oleh muridku.. ku juga ingin mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.. Nilai-nilai murni akan cuba ku terapkan dalam diri mereka.. Ku teringat kata-kata seseorang yang aku kagumi "biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendiri, itu akan lebih memberi kepuasan kepada kita".. betul kata-katanya itu, akan ku praktikkan hingga aku bergelar guru dan menjadi guru.. Doa, keampunan dan keberkatan ilmu dari guru-guru, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat, ibubapa serta insan-insan disekelilingku amat ku harapkan agar aku dapat meniti hidup ini dengan tenang.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ku untuk bergelar seorang guru diberkati dan dirahmatiNya.. Amin...
Falsafah Pendidikan Guru
Matlamat Falsafah Pendidikan Guru ialah:
1. Membina insan guru yang beraklak mulia,berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan
2. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan.
Kriteria penting dalam Model Konseptual Pendidikan Guru
1. Model konseptual guru mementingkan akauntabiliti guru kepada diri sendiri, masyarakat dan ketuhanan
2. Daripada aspek kendiri, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid.
3. Daripada aspek kemasyarakatn, guru perlu menyedari bahawa seorang agen perubahan, dia boleh mendidik dan memimpin anak muridnya.
4. Daripada aspekketuhanan pula, guru mesti dapat meningkatkan ilmu murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama dan budaya masing-masing.
Nilai-nilai keguruan
1. Guru pada peringkat rendah harus memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmani dan rohani.
2. Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang viajar
3. Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada peranan guru
1. Guru mesti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik.
2. Guru harus peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara.
3. Guru mesti menjadi seorang guru yang serba boleh
4. Guru juga harus mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa
5. Guru juga harus mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik.
jom kita usik dia...!!!
MADAM ASMAYATI SEDANG MENUNJUKKAN
CARA-CARA MENGGUNAKAN SMARTBOARD
Saturday, October 24, 2009
Ku kenal dia
Ni hao!(apa khabar). Pernah dengar camstudio tak? Saya tak pernah dengar, belajar ICT ni baru tahu.. camstudio ni boleh digunakan untuk merekodkan apa-apa saja beserta suara. Tidak perlu daftar apa-apa.. Untuk mendapatkan installer masuk ke http://www.camstudio.org/ klik pada camstudio020.exe, save file dan run.. Kalau rasa malas nak mendownload apa-apa yang anda inginkan, gunakan saja camstudio ini..selamat mencuba..
Beautiful Butterfly
Assalamualaikum.
Sometimes our life full of challenges, sometimes we can overcomes that but sometimes we cannot. We must remember that everything happens in our life is come from God and believe that it has a reason. Usually everything happens out of our expectation and always it is something that we don’t want. When it happens, we have to be strong, don’t give up and don’t ever ask why it happens to us. If we ask for that, means that we cannot accept what was God given to us. Imagine that our problem like a shadow, when we go far from it, it becomes larger and when we come close to it, it will becomes smaller and maybe is not. So, deal all that with full of forbearance and strength, so that we can become a person that always thanks to God.
Life is too short
to wake up with regrets.
Love the people who treat you right &
forget the ones who don't!
Believe that everything
happens for a reason
If you get a chance- take it
If it changes your life- let it
nobody said life would be easy
they just promised
it would be worth it.
From : Cahaya Yang Mulia..:-)
Minta dijauhkan
Penularan wabak H1N1 kian berleluasa di negara kita kini dan semakin hari semakin banyak kes kematian dicatatkan. Hal ini amat membimbangkan banyak pihak terutamanya bagi mereka yang sentiasa berada di khalayak ramai seperti pelajar-pelajar, kakitangan pusat membeli-belah, kakitangan lapangan terbang dan sebagainya. Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah yang lebih drastik bagi mencegah penularan wabak ini seperti mengehadkan kemasukan pelancong asing dari luar negara ataupun menutup seketika laluan antarabangsa? Sememangnya perkara ini akan merugikan kerajaan tetapi seperti yang diuar-uar oleh kerajaan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", kerajaan sewajarnya memikirkan rakyat daripada keuntungan. Selain itu, warga asing yang datang dari negara-negara berisiko tinggi perlu dikuarantin bagi memastikan mereka betul-betul bebas dari virus H1N1. Jika perkara ini tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, kemungkinan besar virus itu berada di dalam tubuh mereka tetapi tidak dapat dikesan diperingkat awal dan akhirnya boleh merebak kepada rakyat negara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah dicadangkan oleh kementerian kesihatan agar wabak tidak terus merebak dan kita berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati”.
~Cahaya Mulia~
Thursday, October 22, 2009
picasa ku sayang...

Minggu syok, belajar guna picasa..edit gambar, gabung-gabung gambar dan buat movie maker..syok... hanya perlu download di http://picasa.google.com/ Klik icon dan setup.. belajar picasa tak susah mana, explore saja dah boleh dapat..mudah, cepat dan apa ek…ermm..cantik..hehe.. selamat mencuba, anda pasti suka melihat gambar yang tak cantik..opsss, over..tukar-tukar, gambar-gambar yang kurang terserlah kecantikannya menjadi cantik dan menawan hati... saya bagi contoh, anda lihat sendiri..tentu anda nampak perbezaannya..
Tuesday, October 20, 2009
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dan memberi sokongan terhadap kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan negara adalah untuk :
- Melahirkan warga negara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
- Percaya dan patuh kepada Tuhan
- Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia dan berketrampilan
- Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara
- Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
Tujuan pendidikan negara adalah seperti berikut
- Membentuk peribadi warganegara yang seimbang
- Memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkah laku manusia
- Membentuk pekerja yang positif, cekap dan bertanggungjawab
- Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi
- Membentuk individu yang berdaya usaha
- Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.
Saturday, October 10, 2009
selepas cuti H1N1


anak itik terkedek-kedek, baru belajar nak buat blog ke dik...

ayat kat atas tu macam nak perli saya saja, apa-apa pun ada saya kisah?? hehe.. minggu ke-4 ni baru belajar nak buat blog, ni 1st time. Dekat mata saya ni kawan kata nampak banyak bintang (kelentong saja minah ni), yalah, mana taknya, baru belajar benda baru mesti blur sikit, ke banyak?? erm..mana-manalah.. En.Junaidi yang ajar buat blog, boleh tahan (orangnya kah atau cara dia ajar..aduh confuse..2 2 ok sebenarnya :-) thanks a lot to En.Junaidi, clap my hand).. LANGKAH-LANGKAH NAK BUAT BLOG..
1. create email di>>> www.gmail.com.
2. create blog di>>> www.blogger.com.
3. pilih templete betul-betul>>>
http://thecutestblogontheblock.com (contoh) sebab bila kita dah buat blog, lepas tu baru nak tukar, nanti blog jadi tak teratur. macam mana nak tukar?? pergi dekat layout lepas tu edit HTML. jangan lupa save..
SETERUSNYA>>GOOD LUCK FOR YOU & I~~~EXPLORE..:-)
Tuesday, September 15, 2009
Sunday, September 13, 2009
Nah, ambil ni...buat jangan tak buat..
Aik, kenapa tajuk & gambar kat atas ni.. erm..sebenarnya minggu ketiga ni madam bagi assignment..wuaa... Kena buat tentang Sekolah Bestari. satu kumpulan 2 orang. macam biasa, 1 kumpulan dengan cucuku, ela..hehe.. kena siapkan, tak boleh malas, baru rancang nak tidur macam meow, meow dekat atas tu, nampak syok saja..tak bolehlah jawabnya.. bangun-bangun..buat kerja..
Assignment ni boleh buat sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Nak tahu kami buat dalam bahasa apa? nanti saya upload bila dah siap.. Dekat bawah ni adalah kriteria yang perlu ada dalam assignment..
TKU 3023: ICT IN CHEMISTRY
Assignment 1: Content analysis
Browse the following URL:
http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/blueprint.pdf
http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf
From your reading, collect relevant information regarding the following:
- What is a smart school?
- How is a smart school differed from normal national school?
- What are the goals and objectives of smart school?
- Discuss the roles played by the teacher, student and parents in order to achieve the goals and objectives of smart school?
- What are the knowledge and skills of a teacher in the new millennium, so as to play an effective role in smart school education?
Work in pair and prepare an essay about
The essay should be:
· Typed written, font Times Roman (size 12) or Arial (size 11) and 1.5 spacing.
· Not less than 10 page, can be written in Bahasa
· KI involve for evaluation are: PBPM, PSK, ETIK.
Thursday, September 3, 2009
cooliris yang hebat..!!!

Sunday, July 26, 2009
ICT DALAM PENDIDIKAN KIMIA
Permulaan yang perlu saya mulakan dengan langkah yang yakin. Menarik tak tajuk dekat atas ni? Kursus ini sebenarnya membincangkan rasional dan kelebihan aplikasi ICT dalam pendidikan kimia. Tajuk-tajuk yang ada dalam subjek ni meliputi simulasi, modeling, hamparan data, data logger, interactive whiteboard dan aplikasi ICT yang lain. Mula-mula masuk kelas ni saya tak faham sangat pun apa sebenarnya yang perlu saya buat, cuma buat saja apa yang pensyarah suruh.Lepas ni tengok sajalah dan usaha sebaik mungkin untuk mendalami dunia ICT walaupun hanya tahu sikit-sikit.(saya akan cerita apa-apa kejadian yang berlaku dalam kelas ICT selepas ini.) Sebenarnya ICT ni penting sangat dalam era pembangunan sekarang ni. Kalau tak belajar betul-betul silap haribulan boleh kena gelak dengan anak murid nanti.(nak? saya tak nak, boleh malu tahap hiperbola pula nanti.) Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita belajar subjek ICT ini sebaik mungkin agar kita menjadi guru yang bitara satu hari kelak.Amin..:-)
Dia datang dengan senyum manisnya

