Sunday, July 26, 2009

Dia datang dengan senyum manisnya


6hb Julai 2009. Tanggal ni merupakan hari pertama untuk semester 3 saya mula belajar selepas cuti yang agak lama.(ya kah?? ) Otak pun dah tepu, kena cairkan balik. :-) Kelas ICT nilah merupakan kelas pertama yang saya masuk. Pensyarah masuk kelas, (dalam hati terdetik," wah, bergaya, cantik baju puan ni, agak-agak garang tak? xpela,tengok dulu. Saya ni takut sikit dengan orang yang garang, kalau kena marah mesti saya nangis.Perlukah cakap perkara ni.:D) nama pensyarah ICT saya ni Puan Asmayati Binti Yahaya. Nak panggil apa ya? (mizi kata panggil madam, kami pun panggillah madam. Comel kan.) Hari ni kelas 1 jam saja, hari Khamis nanti 2 jam. Madam kata kalau kelas ICT 1 jam tak cukup, sebagai langkah yang terbaik madam kata buat 3 jam terus, ada 2 hari,sama ada hari Isnin atau Khamis. Saya pilih hari Khamis sebab kelas hari tu tak padat sangat dan dalam kelas hari Khamis semua perempuan, syoklah.(sebab kedua yang saya fikir, kalau balik cuti boleh terus sampai hari Isnin, tapi kena sampai UPSI sebelum pukul 2 sebab ada kelas, sempat-sempat. InsyaAllah. Berterus-terang betul saya ni. otak fikir nak balik saja.) Madam kata subjek ni tak ada 'final exam' ada tugasan individu dan kumpulan, buat folio (elektronik, blog nilah) serta online forum. Madam pesan buat tugasan dengan baik, forum tu bagi pendapat sebab penting. Nak tahu kenapa? Kalau keputusan A- boleh juga madam tolong bagi A tapi kenalah ada sumber yang membantu, macam forum. Yang pasti nanti ada pembentangan dan setiap 2 minggu madam akan bagi forum, kenalah buka portal selalu. (balas jangan tak balas. semoga berjaya.) Lepas habis kelas terdetik dalam hati "boleh tahan madam ni, ada gelak-tawa dalam kelas, tak garang, sukanya." Lepas tu kami salam madam dan apa lagi, baliklah.:-) (masa ni teringat pula mak dekat rumah, maklumlah baru lagi.) Sekian sahaja cerita untuk minggu pertama ni. Wassalam.

2 comments:

  1. assalammualaikum...
    nama saya zool...
    mmm...boleh join blog ni...
    mmm...ni blog zool...zoolhlm.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wa'slm...
    ceh3....buat2 tanya nmpkny...
    ok2, nanti i follow u...

    ReplyDelete