Sunday, October 25, 2009

ku insan biasa

Nama : Nor Rafiah Binti Hussin
Tarikh lahir : 22 Julai 1989
Tempat lahir : Gemas, Negeri Sembilan..(dekat rumah..hehe, dah tak sabar nak lihat dunia)
Hobi : Tidur..tak-tak,saya suka dengar lagu dan tengok tv tak lupa, shopping..
Makanan kegemeran : erm..tak kisah, asalkan sedap saya telan saja..
Minuman kegemaran : Laici ais..{susu rejected..}
Tempat menuntut ilmu: Tadika Kemas gabungan Palong 7 & 8... Sek.Ren.Keb.Palong 7...Sek.Men.Keb.Palong 7...Kolej Komuniti Segamat (Felda English Language Centre)... Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan...Universiti Pendidikan Sultan Idris...
Alamat : No.17 Blok H, Felda Palong 7, 73470 Gemas Negeri Sembilan Darul Khusus...

saya agak pendiam orangnya, tapi dengan orang saya kenal dan rapat saya kadang-kadang banyak mulut..tak suka nak marah-marah, tapi kalau dah marah dahsyat..jangan buat saya marah ya.. senyum itu lebih baik..(*_*)

Falsafah Ku...


Bila baca kartun dekat atas ni rasa seram pula nak mengajar nanti.. Dulu tak sama macam sekarang, sekarang makin banyak cabaran dan dugaan. Apa-apa pun cabaran yang datang akan tetapku rempuhi demi masa depanku.. ku ingin mencari rezeki yang halal dan diberkati, ku akan cuba sedaya upaya menjadi seorang guru yang berkaliber dengan titik peluh ku sendiri.. Itu azam ku selepas pengalaman mengajar ku.. Ku ingin menjadi seorang guru yang kehadirannya dinanti-nantikan oleh semua anak didikku.. Ku ingin setiap ilmu yang kusampaikan diredhai dan mudah difahami oleh muridku.. ku juga ingin mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.. Nilai-nilai murni akan cuba ku terapkan dalam diri mereka.. Ku teringat kata-kata seseorang yang aku kagumi "biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendiri, itu akan lebih memberi kepuasan kepada kita".. betul kata-katanya itu, akan ku praktikkan hingga aku bergelar guru dan menjadi guru.. Doa, keampunan dan keberkatan ilmu dari guru-guru, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat, ibubapa serta insan-insan disekelilingku amat ku harapkan agar aku dapat meniti hidup ini dengan tenang.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ku untuk bergelar seorang guru diberkati dan dirahmatiNya.. Amin...

Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru ialah:

1. Membina insan guru yang beraklak mulia,berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan
2. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan.

Kriteria penting dalam Model Konseptual Pendidikan Guru

1. Model konseptual guru mementingkan akauntabiliti guru kepada diri sendiri, masyarakat dan ketuhanan
2. Daripada aspek kendiri, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid.
3. Daripada aspek kemasyarakatn, guru perlu menyedari bahawa seorang agen perubahan, dia boleh mendidik dan memimpin anak muridnya.
4. Daripada aspekketuhanan pula, guru mesti dapat meningkatkan ilmu murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama dan budaya masing-masing.

Nilai-nilai keguruan

1. Guru pada peringkat rendah harus memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmani dan rohani.
2. Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang viajar
3. Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada peranan guru

1. Guru mesti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik.
2. Guru harus peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara.
3. Guru mesti menjadi seorang guru yang serba boleh
4. Guru juga harus mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa
5. Guru juga harus mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik.

jom kita usik dia...!!!

MADAM ASMAYATI SEDANG MENUNJUKKAN
CARA-CARA MENGGUNAKAN SMARTBOARD


Touching2, itu tema kita pada minggu ini..ceh, siap ada tema..apa kes.. Sebenarnya minggu ke-11 saya belajar menggunakan smartboard, hebat sungguh.. tulis guna tangan pun boleh..smartboard ni tidak akan mengotorkan tangan anda yang cantik2 itu, menarik dan yang paling penting kita boleh save apa yang kita tulis dekat smartboard tu.. lagi, kalau agak-agak tulisan tu tak berapa menyenangkan hati, kita boleh adjust, sure tulisan kita bertukar menjadi tulisan komputer..power kan..bila belajar ni satu perkataan yang selalu keluar dari mulut saya, nak tahu? Perkataan itu ialah>>> "wah..............." panjang kan wah saya itu, itu maknanya saya betul-betul terpegun sama itu smartboard... tengoklah kawan-kawan saya itu, mereka sedang mencuba dengan bangganya..hehe..