Sunday, October 25, 2009

Falsafah Ku...


Bila baca kartun dekat atas ni rasa seram pula nak mengajar nanti.. Dulu tak sama macam sekarang, sekarang makin banyak cabaran dan dugaan. Apa-apa pun cabaran yang datang akan tetapku rempuhi demi masa depanku.. ku ingin mencari rezeki yang halal dan diberkati, ku akan cuba sedaya upaya menjadi seorang guru yang berkaliber dengan titik peluh ku sendiri.. Itu azam ku selepas pengalaman mengajar ku.. Ku ingin menjadi seorang guru yang kehadirannya dinanti-nantikan oleh semua anak didikku.. Ku ingin setiap ilmu yang kusampaikan diredhai dan mudah difahami oleh muridku.. ku juga ingin mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.. Nilai-nilai murni akan cuba ku terapkan dalam diri mereka.. Ku teringat kata-kata seseorang yang aku kagumi "biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendiri, itu akan lebih memberi kepuasan kepada kita".. betul kata-katanya itu, akan ku praktikkan hingga aku bergelar guru dan menjadi guru.. Doa, keampunan dan keberkatan ilmu dari guru-guru, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat, ibubapa serta insan-insan disekelilingku amat ku harapkan agar aku dapat meniti hidup ini dengan tenang.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ku untuk bergelar seorang guru diberkati dan dirahmatiNya.. Amin...

No comments:

Post a Comment